Pasangan suami isteri dituduh sebabkan kematian bayi tiga bulan

14 Aug 2026 • 3:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pasangan suami isteri dituduh sebabkan kematian bayi tiga bulan

JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di Masai, di sini bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Iqbal Hassan, 36, dan isteri, Norsiayana Abd. Samad, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Muhammad Saif Mohamad Sidiq, mendedahkan bayi itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Jalan Cendana 21, Taman Rinting, Masai, pada pukul 1.03 petang, 29 Julai lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (pindaan) 2006 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shamira Mohd. Luthfi Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Bharathi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan selain menetapkan 17 September depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

The post Pasangan suami isteri dituduh sebabkan kematian bayi tiga bulan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved