Pasangan tular nikah petang ini

28 May 2024 • 2:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian pasa Isnin.

ALOR SETAR - Pasangan tular membawa bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal akan dinikahkan pada petang Selasa.

Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa mengesahkan perkara tersebut.

"Ya betul, pasangan tersebut akan dinikahkan pada petang ini dan saya sendiri yang akan menjadi jurunikah mereka di Masjid Al Maarufi Seberang Kota," katanya pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan ramai pihak tampil membantu Mohd Azlan Ishak, 36 bagi memudahkan urusan pernikahan bersama Nor Hidayu Halim, 34, dan kini berada pada fasa akhir.

Menurut Azlan, dia telah ke Masjid Al-Makrufi di Alor Setar pada Ahad untuk memohon bantuan mengisi borang nikah dan pada Isnin pula ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah.

"Jika semua selesai hari ini (Isnin), esok (Selasa) saya akan akad nikah dengan pasangan," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut tular selepas gambar mereka membawa bayi lelaki memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun timbul kontroversi apabila pasangan berkenaan diarahkan berpisah kerana tiada hubungan perkahwinan.

Muhammad Hazamer berkata, pasangan tersebut terpaksa difaraqkan (dipisah) buat sementara waktu dan pihaknya akan cuba membantu untuk melengkapkan dokumen dan proses pernikahan mereka.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved