Pasca PRN N9: Anthony Loke Pertimbang Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 11:01 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pasca PRN N9: Anthony Loke Pertimbang  Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini laporan tidak rasmi memaparkan dua pemimpin kanan daripada Pakatan Harapan (PH) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu:

  • Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, DUN Chennah

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Anthony Loke mungkin bakal letak jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan

Terbaharu, Anthony Loke dipercayai mungkin akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kegagalan mempertahankan kerusi di Chennah dalam PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos.

“Kami telah berusaha sedaya upaya untuk mempertahan kerusi ini. Ia tidak pernah mudah sejak awal lagi,” jelasnya, lapor The Star.

Akan berbincang dengan pemimpin parti lain dahulu

Ujar Anthony Loke lagi, beliau akan memikirkan semula peranannya dalam parti berkenaan.

“Ya, saya sedang mempertimbangkan, sudah tentu untuk melepaskan jawatan saya dalam DAP Negeri Sembilan… jawatan pengerusi negeri saya.”

Beliau dalam masa sama turut menjelaskan perkara itu akan dibincangkan dengan kepimpinan DAP terlebih sebelum membuat sebarang keputusan.

Tambahnya lagi, sebelum membuat sebarang keputusan sebagai Setiausaha Agung DAP, pastinya beliau akan berbincang lebih lanjut bersama Jawatankuasa Eksekutif pusat DAP dalam usaha mereka di masa depan.

Anthony Loke gagal pertahan DUN Chennah dengan undi sebanyak 5,593

Terdahulu, media melaporkan Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan tidak dapat mempertahankan kerusi DUN Chennah selepas kecundang di tangan calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Siow Kong Choon.

Menerusi keputusan tidak rasmi difahamkan Siow memenangi kerusi DUN Chennah dengan majoriti undi 500 dengan mencatat 5,593 undi manakala Loke pula meraih undi sebanyak 5,060.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved