Pasport Malaysia lonjak ke tangga kedua paling berkuasa di dunia

29 Sep 2026 • 11:07 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pasport Malaysia terus mencatat peningkatan dalam ranking antarabangsa apabila naik ke kedudukan kedua sebagai pasport paling berkuasa di dunia menerusi The Passport Index Global Ranking 2026.

Image from: Pasport Malaysia lonjak ke tangga kedua paling berkuasa di dunia

Foto: New Straits Times

Memetik laporan Sinar Harian, kedudukan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu apabila pasport Malaysia berada di tangga ketiga.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi hantaran di media sosial pada Isnin berkata pencapaian tersebut mencerminkan tahap kekuatan serta penerimaan pasport Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Berdasarkan penarafan tersebut, pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi merangkumi 129 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan 23 destinasi memerlukan visa,” menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan ranking tersebut, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat pertama, manakala Malaysia berkongsi kedudukan kedua bersama Singapura.

Artikel lain: Imej Malaysia baik, pasport diterima dunia – Tok Mat

Sepanyol pula berada di tangga ketiga dalam senarai berkenaan.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Brunei mencatat kedudukan ke-18 dunia, diikuti Timor-Leste (45), Thailand (52), Indonesia (55), Filipina (64), Vietnam (71), Kemboja (73), Laos (78) dan Myanmar (85).

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved