Pavilion REIT Satukan Komuniti Dalam Majlis Iftar Ramadan

13 Mar 2026 • 12:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pavilion REIT Satukan Komuniti Dalam Majlis Iftar Ramadan

Sempena Ramadan tahun ini, Pavilion REIT Malls yang merangkumi Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil dan Intermark Mall sekali lagi menghimpunkan komuniti melalui penganjuran Majlis Berbuka Puasa Bersama yang berlangsung di Aras 3, PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil pada petang Rabu, 11 Mac 2026.

image is not available

Majlis tersebut menghimpunkan pelbagai kumpulan tetamu termasuk institusi kanak-kanak di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rumah anak yatim tempatan serta penduduk dari komuniti Bukit Jalil.

Melalui usaha dan komitmen kakitangan Pavilion REIT Malls, majlis ini menjadi platform bermakna untuk para tetamu berkumpul dan berbuka puasa dalam suasana yang mesra serta penuh kehangatan.

image is not available

Selain berkongsi juadah berbuka, malam tersebut turut mencerminkan semangat Ramadan yang menitikberatkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan rasa syukur, sambil mencipta detik kegembiraan buat kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang.

Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, majlis ini turut meraikan kehadiran tetamu dari Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Asrama Sentosa Kuala Lumpur dan Asrama Bahagia Kuala Lumpur.

image is not available

Turut serta ialah wakil daripada Pusat Jagaan Kasih Murni, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah dan Keluarga Besar Norlina Alawi Bhd, selain komuniti Komuniti Sri Rakyat Bukit Jalil serta Komuniti PPR Pinggiran Bukit Jalil. Walaupun datang daripada latar belakang berbeza, semua tetamu berhimpun dalam suasana yang meriah dan inklusif, disatukan oleh kegembiraan serta semangat kebersamaan yang menjadi inti pati bulan Ramadan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Pavilion REIT Malls dalam mewujudkan pengalaman bermakna serta mengukuhkan hubungan dengan komuniti. “Ramadan mengingatkan kita tentang kepentingan nilai keprihatinan, kemurahan hati dan kebersamaan.

Melalui majlis ini, kami berharap dapat menyediakan ruang untuk kanak-kanak, keluarga dan ahli komuniti berkongsi detik bermakna serta merasai kehangatan berbuka puasa bersama.

Di Pavilion REIT Malls, kami percaya pusat membeli-belah bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi juga ruang yang menyatukan komuniti. Melihat senyuman dan kegembiraan yang dikongsi pada malam ini menjadi peringatan betapa bermaknanya detik kebersamaan seperti ini,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, Encik Patrick Liau.

image is not available

Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti kebudayaan dan interaktif. Sementara menunggu waktu berbuka, kanak-kanak dan keluarga berpeluang menyertai Bengkel Lukisan Batik yang dianjurkan oleh UCSI University, permainan menyeronokkan anjuran Watsons serta kiddy rides yang disediakan oleh Toy World. Kemunculan khas watak BoBoiBoy dan Papa Zola turut menceriakan suasana apabila menerima sorakan dan keterujaan daripada peminat cilik.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan tradisional seperti muzik instrumental Ghazal dan Orkes Melayu oleh KBS Band dan Melody Buskers. Para penghibur juga mendendangkan lagu-lagu Raya yang ceria, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan suasana.

image is not available

Penyewa dan rakan jenama yang bekerjasama turut memainkan peranan penting dalam menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama ini. Antara penyewa dan jenama yang terlibat termasuk Beautea, Chongdee, Christine’s Bakery, Delicieux Coffee & Food, D’Laksa, Empire Sushi, Food Republic, Grandmama’s, Hanare, Happy Potato, Horlicks, India Gate, Inside Scoop, Julie’s, Krispy Kreme Doughnuts, Mee Hiris China Muslim, Milo, Mixue, Muji, Oriental Kopi, Snickers, Starbucks, Toy World, Twix, UCSI University, Uncle Soon, Verrona Hills Bread & Patisserie, Watsons dan Yam Fresh, yang memastikan para tetamu dihidangkan dengan pelbagai pilihan makanan, hidangan ringan serta minuman sepanjang majlis.

Untuk maklumat lanjut, layari:
• Pavilion Kuala Lumpur, https://www.pavilion-kl.com/
• Pavilion Bukit Jalil, www.pavilion-bukitjalil.com
• Intermark Mall, https://www.intermark-mall.com/