PDRM siasat dakwaan palsu polis tendang penunggang motosikal

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 10:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PDRM siasat dakwaan palsu polis tendang penunggang motosikal

Ketua Polis Kemaman kata dakwaan polis tendang penunggang motosikal di Pantai Penunjuk tidak berasas; akaun Facebook disiasat bawah Akta Hasutan.

CHUKAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat pemilik sebuah akaun Facebook berhubung hantaran yang disyaki mempunyai unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan PDRM.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Mohd Rosli berkata siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998 itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun pada 11.14 pagi tadi.

“Polis akan menyiasat identiti pemilik akaun berkenaan dan seterusnya menjalankan siasatan mengikut proses undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata hantaran terbaharu daripada pemilik akaun Facebook tersebut antara lain mendakwa polis menendang seorang penunggang motosikal ketika Operasi Bersepadu di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini pada 6.30 petang semalam.

“Dakwaan bahawa polis menendang seorang penunggang motosikal adalah tidak berasas dan perkara itu boleh dilihat menerusi rakaman yang tular di media sosial.

“Kenyataan itu berniat jahat dan orang ramai diminta mengesahkan terlebih dahulu kandungan sesuatu hantaran yang berpotensi mencetuskan kebencian terhadap pihak polis,” katanya sambil memberitahu operasi tersebut dijalankan susulan aduan orang ramai berkaitan kegiatan lumba haram yang mengganggu ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved