![Image from: [VIDEO] Kena ‘tegur’ dengan polis tak patuh lampu isyarat](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-11-at-12.20.11-1-1024x538.jpeg)
PETALING JAYA – Tindakan seorang anggota polis trafik menegur seorang penunggang motosikal yang tidak mematuhi lampu isyarat tanpa mengeluarkan saman menarik perhatian pengguna media sosial.
Menerusi video yang tular di TikTok, anggota berkenaan dilihat menghentikan penunggang motosikal terbabit sebelum memberikan teguran dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.
Walaupun kesalahan itu boleh dikenakan tindakan, anggota polis berkenaan dilihat memilih pendekatan berhemah dengan menasihati penunggang terbabit mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.
Situasi itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan anggota berkenaan sebagai satu bentuk teguran yang baik dalam mendidik pengguna jalan raya.
“Saya suka anggota polis yang bagi nasihat seperti anggota ini,” kata Palestine.
“Pernah dalam keadaan begini, jumpa polis trafik mudah bincang, lepas itu ingat sampai sekarang. Tak buat dah,” kata Irfan.
“Baguslah tegur secara berhemah dan si pelaku pun baguslah hormat mengaku salah diri sendiri,” kata Little Baby. – KOSMO! ONLINE
@wanpieja85 Abam Ja bukan marah..Abam Ja sayang kat korang sebab tu Abam Ja “mengenpek”..Korang tunggu hijau baru la jalan..Bukan ape takut ade kereta atau moto yang kejar lampu kuning nanti xpasal² kemalangan..#abamja #insta360x5 #jsptkelantan #selamatbersamajspt ♬ original sound – Wan Faizal
The post [VIDEO] Kena ‘tegur’ dengan polis tak patuh lampu isyarat appeared first on Kosmo Digital.






