
KEMAMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mengeluarkan hantaran didakwa mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi keselamatan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, siasatan itu berikutan laporan diterima daripada seorang lelaki berusia 29 tahun pada pukul 11.14 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemilik Facebook melakukan demikian keran tidak berpuas hati dengan operasi bersepadu dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di Pantai Penunjuk Kijal, di sini pada pukul 6.30 petang semalam.
“Dia mendakwa kononnya seorang penunggang motosikal ditendang oleh anggota polis. Dakwaan itu tidak berasas dan berniat jahat. Kejadian sebenar boleh ditonton menerusi rakaman video yang viral di laman sosial,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Razi berkata, operasi itu sebenarnya dilakukan berikutan aduan orang ramai berikutan aktiviti lumba haram yang mengganggu ketenteraman awam. – KOSMO! ONLINE
The post Pengguna Facebook buat hantaran hasut benci PDRM disiasat appeared first on Kosmo Digital.






