Pegawai kerajaan maut dibunuh suami dalam kuarters

15 Oct 2026 • 11:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pegawai kerajaan maut dibunuh suami dalam kuarters

NILAI – Seorang pegawai kerajaan berusia lingkungan 30-an ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters petugas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pulul 7.30 malam itu, mangsa yang juga petugas KLIA dipercayai dibunuh sebelum suaminya berusia lingkungan 30-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 8 malam.

Difahamkan, kes diserahkan kepada IPD Nilai sebelum anggota polis bertugas hadir ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Pasangan terbabit dipercayai mempunyai dua anak perempuan yang masih bersekolah tadika.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

The post Pegawai kerajaan maut dibunuh suami dalam kuarters appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved