Peguam Dedah Anak Tiri Jadi Punca Masalah Rumah Tangga Nora Ariffin & Suami Goyah

Entertainment
30 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini telah menetapkan tarikh 21 Oktober depan bagi pelantikan hakam islah dalam proses tuntutan perceraian yang difailkan oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin.

Antara individu yang bakal dipanggil untuk hadir ke prosiding itu ialah seorang anak kepada isteri pertama suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli, 59 yang didakwa telah menjadi pihak ketiga sehingga telah menjejaskan keharmonian rumah tangga pasangan berkenaan.

Ada campur tangan orang ketiga dalam kalangan keluarga sendiri

Peguam syarie yang mewakili Dr Rushdi iaitu Azmi Mohd Rais berkata, pihak mahu selesaikan krisis ini dengan baik tanpa perceraian termasuklah ingin mencadangkan pihak yang didakwa menjadi punca perkahwinan goyah dipanggil memberi penjelasan.

“Cadangan untuk menyelamatkan rumah tangga memang ada. Pada awalnya, kami ingat isteri pertama Dr Rushdi, tetapi sebenarnya anak kepada isteri pertama yang didakwa mencetuskan masalah.”

“Justeru, kami akan syorkan kepada hakam islah yang bakal dilantik untuk memanggil anak tiri kepada plaintif (Nora) supaya hadir bersama.”

“Sekiranya ada maaf-bermaafan, Insya-Allah plaintif boleh menarik balik kes perceraian ini.”

Dalam pada itu, Dr Rushdi menegaskan bahawa beliau tetap mahu mempertahankan perkahwinan dengan Nora.

image is not available

“Sehingga hari ini, Nora masih isteri saya yang sah. Saya akan berusaha mempertahankan dan melindungi perkahwinan ini.”

“Saya percaya masih ada jalan perdamaian. Sebab itu hakam islah dilantik, malah sebelum ini perbincangan antara kami berempat iaitu saya, Nora dan dua anak berjalan dengan baik dan harmoni, tanpa ketegangan.”

Sebelum ini, telah berlangsung pembentangan laporan wakil hakam keluarga. Kedua-dua pihak sebelum ini telah melantik anak sulung mereka, Dr Muhammad Shakir dan Syakir Iman, sebagai wakil.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin hadir ke mahkamah sambil ditemani anak sulungnya.

Sumber : Berita Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.