Peguam Jamil Khir teliti bukti sebelum cabar kes

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peguam Jamil Khir teliti bukti sebelum cabar kes
Hisyam (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Pihak peguam kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meneliti secara terperinci bukti, sebelum mengemukakan pembelaan bagi mencabar kes tersebut.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, Jamil Khir berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan telah mengaku tidak bersalah dan memilih untuk dibicarakan.

"Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM300,000 terhadap Jamil Khir dengan syarat pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

"Kami akan mengkaji bukti dan melihat pertuduhan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Hisyam berkata, sebutan semula kes ditetapkan pada 5 November depan.

"Pada tarikh berkenaan pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan mengikut peruntukan undang-undang.

"Kami akan mengkaji dokumen tersebut dengan teliti sebelum mengemukakan pembelaan yang kukuh untuk Jamil Khir," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peguam, Datuk Hamidi Mohd Noh berkata, ketiga-tiga pertuduhan tersebut berkaitan isu Tabung Haji.

"Pihak pembelaan akan memberikan pembelaan terbaik kepada Jamil Khir dan berusaha membuktikan beliau tidak bersalah di mahkamah," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved