[VIDEO] Jamil Khir selesai bayar jamin, tekad bersihkan nama di mahkamah

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Jamil Khir selesai bayar jamin, tekad bersihkan nama di mahkamah

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom selesai membayar jaminan berjumlah RM300,000 hari ini.

Jamil Khir, 65, selesai berbuat demikian pada pukul 10.30 pagi.

Sejurus membayar wang ikat jamin, Jamil Khir memberitahu beliau mahu membersihkan namanya bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

“Ini adalah tempat terbaik (mahkamah) untuk mendapat keadilan. Saya yakin insya-Allah mahkamah akan memberikan keadilan terbaik,” katanya.

Terdahulu, Jamil Khir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang RM860,308,770.51 atau SAR766,060,237 (Riyal Saudi) milik institusi itu pada 2015 hingga 2017.

Mengikut pertuduhan, Jamil Khir didakwa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu secara tidak jujur menyebabkan Lembaga TH melupuskan harta milik institusi itu iaitu wang RM42,942,074 bersamaan SAR44.170 juta, RM288,172,134.64 (SAR250,041,622) dan RM529,194,561.87 (SAR471,848,615) kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Aras 9, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 3 April 2015 dan di pejabat sama di Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

The post [VIDEO] Jamil Khir selesai bayar jamin, tekad bersihkan nama di mahkamah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved