Peguam Najib tidak tahu denda RM50 juta dibayar hari ini

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 11:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peguam Najib tidak tahu denda RM50 juta dibayar hari ini

KUALA LUMPUR – “Saya tiada sebarang arahan dan tidak pasti mengenai status semasa. Saya tiada menerima sebarang arahan berhubung denda itu”.

Demikian dimaklumkan Peguam mewakili Datuk Seri Najib Razak, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mengesahkan beliau tiada menerima sebarang arahan daripada anak guamnya untuk membayar denda RM50 juta bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Kehadiran Muhammad Farhan di kompleks mahkamah di sini, hari ini, mencetuskan spekulasi bahawa denda itu bakal dibayar.

Peguam itu memaklumkan bahawa beliau berada di situ untuk urusan lain, namun menerima banyak mesej yang meminta penjelasannya berhubung desas-desus pembayaran denda terbabit. 

“Saya memang tiada maklumat. Jika ada pihak ketiga yang mahu membuat pembayaran itu sekalipun, sepatutnya saya dimaklumkan,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah. 

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada denda itu bakal dibayar hari ini, selain siapa dan bila pembayaran berkenaan akan dibuat sekiranya perkara berkenaan berlaku. 

Beberapa petugas media dilihat sedang menunggu di lobi kompleks mahkamah, namun dilarang memasuki kawasan kaunter pembayaran. 

Anggota polis turut ditempatkan di kawasan lobi berkenaan. 

Terdahulu, Najib dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

The post Peguam Najib tidak tahu denda RM50 juta dibayar hari ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved