Pejalan kaki maut tersepit bawah lori 10 tan

3 Aug 2026 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pejalan kaki maut tersepit bawah lori 10 tan
Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalan raya di jejambat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada Isnin. Foto: JBPM Pulau Pinang
Image from: Pejalan kaki maut tersepit bawah lori 10 tan
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian. Foto: JBPM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori 10 tan dalam kemalangan jalan raya di jejambat Jalan Bukit Tengah di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut John, pihaknya menerima panggilan kecemasan tepat jam 9.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian.

"Jentera bomba tiba di lokasi 16 minit kemudian untuk kerja menyelamat. Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori 10 tan jenis Hino dengan seorang pejalan kaki.

“Pejalan kaki didapati tersepit di bawah lori manakala pemandu lori, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

**media[3603782]**

Beliau berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah lori.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.18 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved