Pekerja Samsung Semiconductor Bersetuju Dengan Tawaran Bonus RM 1.3 Juta Seorang

Business & Finance
28 May 2026 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pekerja Samsung Semiconductor Bersetuju Dengan Tawaran Bonus RM 1.3 Juta Seorang

Ahli kesatuan sekerja Samsung bersetuju untuk menerima tawaran yang dibentangkan oleh syarikat bagi membatalkan mogok 18 hari yang ingin dianjurkan. Seramai 62,616 melakukan undian sehingga 27 Mei dengan 74% bersetuju dengan pakej bonus yang ditawarkan Samsung.

Samsung Logo

Samsung bersetuju membayar KRW 40 trilion (~RM 105 bilion) dalam bentuk bonus kepada pekerja. Daripada jumlah ini 40% akan diberikan kepada pekerja perniagaan semikonduktor dengan baki selebihnya untuk perniagaan lain di Samsung,

Samsung mempunyai sekitar 28,000 kakitangan dalam divisyen semikonduktor dan ini bermakna secara purata mereka akan menerima bonus KRW 513 juta (~RM 1.3 juta) seorang. Bonus terdiri daripada 10.5% keuntungan tahunan dalam bentuk saham. dan 1.5% lagi dalam bentuk tunai. Bonus ini akan diteruskan selama 10 tahun sekiranya syarikat mencapai sasaran yang ditetapkan. Pekerja boleh menjual 1/3 saham yang diterima ini serta‑merta dengan selebihnya secara berperingkat dalam dua tahun berikutnya.

Bonus yang diterima pekerja Samsung Semiconductor ini adalah bersamaan bonus terkumpul selama 10 tahun. Ini mengakibatkan kakitangan perniagaan lain Samsung iri hati kerana mereka hanya menerima bonus KRW 6 juta (~RM 16,000) seorang yang jauh lebih rendah.