Pelabur asing kembali beli ekuiti RM127 juta di Bursa Malaysia, kata MBSB Research

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 9:31 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing kembali beli ekuiti RM127 juta di Bursa Malaysia, kata MBSB Research Image from: Pelabur asing kembali beli ekuiti RM127 juta di Bursa Malaysia, kata MBSB Research amree21/09/2026 - 09:31 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Sept – Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas enam minggu sebagai penjual dengan mencatatkan aliran masuk RM127.0 juta, menurut MBSB Research.

 

Firma penyelidikan tersebut dalam notanya itu menambah, pembelian yang paling tinggi dicatatkan pada Jumaat iaitu sebanyak RM56.5 juta, diikuti Isnin (RM50.6 juta) dan Khamis (RM37.3 juta).

 

Bagaimanapun ujarnya, hanya Selasa mencatatkan aliran keluar pelabur asing dengan mereka menjual RM17.5 juta, manakala tiada dagangan pada Rabu berikutan cuti sempena sambutan Hari Malaysia 2026.

 

"Tiga sektor utama dengan jumlah aliran masuk bersih asing yang paling tinggi ialah perladangan (RM131.1 juta), utiliti (RM84.5 juta), serta penjagaan kesihatan (RM84.0 juta)," kata MBSB Research.

 

Sementara tiga sektor mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM309.7 juta), perkhidmatan dan produk industri (RM125.2 juta) serta hartanah (RM4.8 juta).

 

MBSB Research menambah, institusi tempatan masih lagi dilihat meneruskan rentak aliran keluar bersih dengan menjadi penjual sebanyak RM368.0 juta, iaitu untuk minggu yang kedua berturut-turut.

 

Pada masa sama kata firma penyelidikan tersebut, pelabur runcit tempatan kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu keempat, dengan mencatatkan jumlah aliran masuk sebanyak RM241.0 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) adalah meningkat dengan peruncit tempatan susut kira-kira 7.7%, manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing bertambah 10.6% dan 41.3%. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved