Ecomate terima tempahan RM17 juta bekalkan langganan 336 lesen perisian selama 5 tahun

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 5:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ecomate terima tempahan RM17 juta bekalkan langganan 336 lesen perisian selama 5 tahun Image from: Ecomate terima tempahan RM17 juta bekalkan langganan 336 lesen perisian selama 5 tahun amree21/09/2026 - 17:55 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 SeptEcomate Holdings Berhad menerima tempahan pembelian bernilai RM16.66 juta bagi membekalkan langganan 336 unit lesen perisian selama tempoh lima tahun, sekali gus menambah potensi hasil berulang kumpulan.

 

Tempahan baharu itu diterima oleh anak syarikat miliknya 60%, Progressive Computer Systems Sdn Bhd, daripada sebuah syarikat penyedia rumusan dan pengedar perkakasan serta perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada 21 September 2026.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, pembelian tersebut membabitkan langganan sejumlah 336 unit lesen perisian untuk tempoh 60 bulan, dengan tarikh mula langganan akan ditentukan dan dipersetujui secara bersama oleh kedua-dua pihak berkenaan.

 

"Nilai keseluruhan untuk tempahan tersebut berjumlah RM16,655,520 dengan meliputi pembekalan serta langganan lesen perisian kepada pelanggan yang dikenali sebagai Customer C itu sepanjang tempoh dipersetujui bersama," jelas kenyataan Ecomate.

 

Kumpulan itu berkata tempahan tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham (EPS) dan aset bersih sesaham syarikat berkenaan sepanjang tempoh pesanan pembelian itu.

 

Dari segi struktur pelanggan, Company C merupakan syarikat persendirian yang diperbadankan di Malaysia dan menjalankan aktiviti sebagai penyedia rumusan serta pengedar perkakasan dan perisian ICT.

 

Ecomate_DagangNews2026

 

Selain itu ujar Ecomate, tempahan berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham mana-mana pemegang saham utama kumpulan tersebut.

 

"Pada masa sama, kumpulan juga memaklumkan yang tempahan pembelian itu tidak memerlukan kelulusan pemegang saham syarikat atau mana-mana pihak berkuasa kawal selia," katanya.

 

Di samping itu, Lembaga Pengarah berkata, kumpulan tidak mengenal pasti sebarang faktor risiko khusus selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan pelaksanaan tempahan tersebut.

 

Ia turut mengesahkan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam pesanan pembelian itu.

 

Penerimaan tempahan berkenaan adalah dalam perjalanan biasa perniagaan Ecomate dan selepas diambil kira semua aspek berkaitan, ia disifatkan sebagai demi kepentingan terbaik kumpulan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved