Pelaburan RM17.3 bilion bukti Pulau Pinang pilihan pelabur

LocalBusiness & Finance
12 Sep 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelaburan RM17.3 bilion bukti Pulau Pinang pilihan pelabur

SEBERANG PERAI – Keupayaan Pulau Pinang menarik pelaburan pembuatan bernilai RM17.3 bilion bagi tempoh enam bulan pertama, tahun ini membuktikan kepentingan ekosistem perbandaran yang kukuh dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan itu meningkat 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan menyumbang 34 peratus daripada keseluruhan pelaburan pembuatan yang diluluskan di Malaysia.

Katanya, kemasukan pelaburan berskala besar turut meningkatkan keperluan terhadap perkhidmatan perbandaran yang cekap, khususnya dalam aspek infrastruktur, pengurusan sisa dan daya huni bandar.

“Di sinilah letaknya peranan kritikal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai enabler atau pemudah cara.

“Apabila pelaburan masuk, permintaan terhadap infrastruktur pintar, pengurusan sisa cekap dan daya huni bandar raya akan meningkat secara mendadak,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen PBT Tahun 2026 di Bertam di sini, hari ini.

Mengulas keperluan memperkukuh pentadbiran tempatan, Chow berkata, kepimpinan Datuk Bandar dan Yang Dipertua perlu berani melakukan perubahan serta membuat keputusan strategik berasaskan data.- KOSMO! ONLINE

The post Pelaburan RM17.3 bilion bukti Pulau Pinang pilihan pelabur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved