Pelajar 19 Tahun Bungkus Mayat Bayi Lelaki Dalam Beg & Simpan Dalam Loker

11 Sep 2026 • 12:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pelajar 19 tahun

Permintaan seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun untuk mendapatkan bantuan menguruskan pengebumian bayinya akhirnya membawa kepada penemuan mayat bayi lelaki di sebuah asrama institusi pendidikan di Dungun.

Perkara itu terbongkar selepas pihak pengurusan sebuah masjid menghubungi pihak pengurusan institusi berkenaan berhubung dengan permintaan pelajar tersebut.

locker

Polis kemudian menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi itu pada jam 10.48 malam semalam. Hasil siasatan awal mendapati bahawa bayi lelaki yang dianggarkan berusia lapan bulan itu dipercayai telah dilahirkan oleh pelajar terbabit di tandas asrama pada malam Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat, bayi tersebut dipercayai meninggal dunia selepas dilahirkan.

Selepas kejadian itu, pelajar terbabit dipercayai membungkus bayi berkenaan menggunakan kain sebelum memasukkannya ke dalam sebuah beg. Ia kemudiannya disimpan di dalam sebuah loker di asrama berkenaan.

“Selepas melahirkan bayi meninggal dunia kemudian dia membungkusnya dengan kain sebelum memasukkannya ke dalam beg dan menyimpannya di dalam loker,” katanya ketika dihubungi.

Susulan laporan yang dibuat, polis menjalankan siasatan di lokasi bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian tersebut.

Polis ambil keterangan saksi, kesan teman lelaki

Screenshot 2026 09 11 115538

Dalam perkembangan siasatan, pihak polis akan mengambil keterangan daripada saksi-saksi yang berkaitan.

Pemeriksaan di lokasi kejadian turut dijalankan dengan bantuan Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Polis juga sedang berusaha mengesan teman lelaki pelajar berkenaan bagi membantu siasatan. Sementara itu, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk menjalani bedah siasat.

Pemeriksaan berkenaan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved