Pelajar gugur bayi, minta bantuan masjid kebumikan

11 Sep 2026 • 11:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar gugur bayi, minta bantuan masjid kebumikan

DUNGUN – Tindakan seorang pelajar perempuan meminta bantuan pengurusan sebuah masjid untuk menguruskan pengebumian bayinya membongkar kejadian dia melahirkan seorang bayi lelaki di tandas asrama sebuah kolej, di sini, malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, polis menerima laporan penemuan mayat bayi itu pada pukul 10.48 malam tadi dan siasatan awal mendapati pelajar berusia 19 tahun itu melahirkan bayi itu di tandas asrama selepas mengalami keguguran.

Katanya, bayi yang dilahirkannya itu dianggarkan berusia lapan bulan. 

“Pelajar itu telah membungkus bayi yang dilahirkannya dengan kain sebelum memasukkannya ke dalam beg dan simpan di dalam loker asrama,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pelajar terbabit kemudian menghubungi pihak pengurusan sebuah masjid bagi meminta bantuan pengebumian, namun pihak terlibat pula telah memaklumkan perkara itu kepada pengurusan kolej berkenaan.

Katanya, polis akan mengesan teman lelaki pelajar terbabit bagi membantu siasatan selain mendapatkan keterangan daripada saksi berkaitan.

“Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

The post Pelajar gugur bayi, minta bantuan masjid kebumikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved