
NILAI – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di kawasan Pantai, di sini, sejak 4 September lalu.
Remaja berkenaan, C. Thanusha, sehingga kini masih belum pulang dan gagal dihubungi keluarganya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, berkata laporan berhubung kehilangan remaja itu diterima di Balai Polis Pantai pada 4 September 2026.
“Berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dipercayai keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarga berkaitan isu disiplin. Sehingga kini, beliau masih belum pulang dan tidak dapat dihubungi oleh keluarganya,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, pakaian terakhir yang dipercayai dipakai Thanusha ialah baju-T lengan pendek berwarna hitam dan seluar jeans.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berdekatan.-KOSMO! ONLINE
The post Thanusha hilang, polis minta bantuan orang ramai appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] Siapa pak cik ini, mana keluarga dia?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/warga-emas-1024x658.jpeg)



