Dua pelajar maut dalam nahas tiga kenderaan di Temerloh

4 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua pelajar maut dalam nahas tiga kenderaan di Temerloh

Dua pelajar berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Temerloh.

KUANTAN: Dua pelajar sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan penunggang motosikal Muhammad Nazim Dzafran Mohd, dan pembonceng Muhammad Hafizuddin Abdullah, yang masing-masing berumur 17 tahun itu pada 8.20 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran. 

“Apabila sampai di lokasi kejadian motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah kanan, dan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, kedua-dua pelajar terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved