Dua pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan motosikal di Temerloh

4 Aug 2026 • 9:54 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kemalangan motosikal mengorbankan dua pelajar Tingkatan Lima di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Temerloh.

Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuah MPV di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Isnin malam.

Mangsa, Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan Muhammad Hafizuddin Abdullah, kedua-duanya berusia 17 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8.20 malam ketika kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha LC135 dalam perjalanan dari Temerloh menuju ke Chenor, Maran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah Toyota Vios sebelum terlanggar bahagian belakang kanan kenderaan itu, menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

Katanya, sebuah Perodua Alza yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.

Baca juga:

Mohd Nasyim berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaan.

Pemandu Toyota Vios berusia 34 tahun dan Perodua Alza berusia 43 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk proses bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

The post Dua pelajar Tingkatan Lima maut dalam kemalangan motosikal di Temerloh appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved