Pelajar maut di asrama: Dua remaja didakwa esok

7 Oct 2026 • 5:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut di asrama: Dua remaja didakwa esok
Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.

SEREMBAN -  Dua remaja lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah, esok berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, dua pelajar tingkatan empat itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan tuduh kedua-dua suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pada 9.30 pagi esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Alzafny berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.

Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved