Pelajar maut di asrama: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Oktober

5 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut di asrama: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Oktober
Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia.

SEREMBAN - Tempoh reman suspek kedua yang berusia 16 tahun dalam siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September disambung hingga 9 Oktober.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, reman terhadap suspek pertama yang juga berusia 16 tahun pula hingga Khamis ini.

"Setakat ini siasatan masih diteruskan. Tiada penemuan baharu dan kita masih menunggu laporan keputusan makmal,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.

Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved