Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

6 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah. Gambar kanan: Mangsa yang dilaporkan cedera ditikam suspek.

SHAH ALAM - Seorang pelajar perempuan cedera selepas dipercayai ditikam oleh seorang wanita di sebuah sekolah di Banting dekat sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil dengan sebarang maklumat lanjut akan dikongsikan segera. 

"Ya kejadian berlaku, kenyataan media awal akan dikeluarkan untuk pengesahan dan keadaan mangsa stabil,” katanya ketika dihubungi. 

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kekecohan di sebuah sekolah apabila seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved