Pelajar Tingkatan Empat didakwa bunuh Irene Sofiya

15 Oct 2026 • 10:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar Tingkatan Empat didakwa bunuh Irene Sofiya

BATU PAHAT – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pelajar perempuan, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berusia 16 tahun sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Mengikut kertas pertuduhan, remaja itu didakwa bunuh menyebabkan kematian terhadap Irene Sofiya, 16.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah dewan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng, antara pukul 2.30 petang hingga 4 petang, 3 Oktober lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah juga hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said dan Firdaus Ruslan.

Manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Suhaila Shafi’uddin.

Mahkamah menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan post mortem di Mahkamah Majistret Yong Peng sebelum dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, pada 5 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya di sebuah dewan sekolah berkenaan kira-kira pukul 5.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya dijadualkan berakhir hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post Pelajar Tingkatan Empat didakwa bunuh Irene Sofiya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved