
KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan selepas seorang pelancong wanita warga asing mendakwa dipukul sepasang suami isteri dalam kejadian di lobi sebuah kediaman di Bukit Bintang, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd. Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.29 malam.
“Seorang pelancong wanita warga asing mendakwa berlaku pergaduhan dan dipukul oleh sepasang suami isteri. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. – KOSMO! ONLINE
The post Pelancong asing dakwa dipukul suami isteri di Bukit Bintang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] Polong ‘bergerak’ dalam kebun getah dekat kubur di Rembau](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/POLONG.jpeg)



