Warga El Salvador Maut Dipercayai Akibat Langgar Lari Di Pasir Puteh

2 Sep 2026 • 3:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Warga El Salvador Maut Dipercayai Akibat Langgar Lari Di Pasir Puteh

KOTA BHARU, 2 Sept (Bernama) -- Seorang pelancong lelaki warga Republik El Salvador maut dalam kemalangan disyaki kejadian langgar lari di Kilometer 24.5 Jalan Persekutuan Melawi-Kuala Besut di Pasir Puteh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku kira-kira 9.44 malam ketika mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai berjalan kaki di bahu jalan berhampiran Hotel Sal D’Bali Inn menghala ke Kuala Besut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kenderaan serta pemandu yang terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Inspektor Abdul Munir Mohd Fauzi di talian 013-9872579.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved