Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki

2 Sep 2026 • 11:07 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki

PASIR PUTEH: Seorang wanita yang merupakan pelancong dari Republik El Salvador maut dalam satu kejadian langgar lari selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang berjalan kaki di Kilometer 24.5, Jalan Persekutuan Melawi – Kuala Besut, dekat sebuah hotel, di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.44 malam itu, mangsa yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu sedang berjalan kaki di bahu jalan menghala ke Kuala Besut, Terengganu.

Katanya, ketika berada di lokasi kejadian, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

“Kenderaan yang merempuh mangsa belum dapat dikenal pasti dan usaha untuk mengesan pemandu yang terlibat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Saari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

The post Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved