Pemain bola usia 25 tahun meninggal dunia selepas rebah di padang

WorldFootball
23 Aug 2026 • 11:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemain bola usia 25 tahun meninggal dunia selepas rebah di padang
Castro.

DUNIA bola sepak Portugal diselubungi kesedihan apabila bekas pemain West Bromwich Albion, Quevin Castro, meninggal dunia pada usia 25 tahun selepas rebah ketika aksi persahabatan di Lisbon pada Sabtu.

Castro, yang bermain di posisi tengah, ketika itu mewakili Real Sport Clube dalam perlawanan menentang Estrela da Amadora sebelum kejadian tragis tersebut menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Persatuan Bolasepak Lisbon menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan serta kelab yang pernah diwakili pemain berkenaan.

"Kepada keluarga, rakan-rakannya dan kelab gabungan Real SC SAD, kami menyampaikan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya pada saat tragis buat bola sepak Portugal ini," kata persatuan itu.

Castro memulakan perjalanan bola sepaknya di England selepas menyertai akademi West Brom pada 2021, sebelum diberi peluang membuat penampilan bersama skuad utama dalam saingan Piala Liga menentang Arsenal.

Selepas itu, dia dipinjamkan ke Burton Albion, Notts County dan Gateshead bagi mendapatkan lebih banyak pengalaman sebelum menamatkan kariernya bersama West Brom pada 2023.

Kelab berkenaan turut mengumumkan penghormatan khas buat Castro ketika aksi menentang Burnley, Ahad, sebagai tanda mengenang bekas pemain mereka.

"Albion akan memberi penghormatan kepada Quevin pada Ahad dengan tepukan selama seminit pada minit ke-25 perlawanan menentang Burnley.

"Pemain kendalian James Morrison akan memakai lilitan hitam di lengan," kata West Brom dalam kenyataan.

Real Sport Clube dan Estrela da Amadora turut berkongsi ucapan takziah menerusi Instagram selepas perlawanan persahabatan berkenaan ditangguhkan susulan insiden berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved