Karak sesak, ramai ‘melekat’ malam ni

28 Aug 2026 • 12:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Karak sesak, ramai ‘melekat’ malam ni

PETALING JAYA – Ramai pengguna jalan raya terpaksa ‘melekat’ dalam kesesakan panjang di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) malam ini, terutama dari Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur.

Pertambahan kenderaan itu berkemungkinan turut dipengaruhi pergerakan orang ramai menjelang cuti panjang minggu hadapan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, selain cuti peristiwa pada 1 September bagi rakyat Selangor.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai pengguna berkongsi keadaan trafik yang bergerak perlahan dengan deretan kenderaan memenuhi laluan berkenaan sejak lewat malam tadi.

Seorang pengguna Threads, @amal940820 mendakwa keadaan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kelantan sangat sesak.

“Plaza Tol Gombak menghala ke Kelantan. Sesak teruk. Korang rancang sama-sama gerak malam ke?” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, @tengku_shah_asyraf turut meluahkan rasa hairan apabila mendakwa kenderaannya lama ‘melekat’ dalam kesesakan dari Plaza Tol Gombak.

“Sangkut woi dari Tol Gombak. Apa benda yang jem sangat ni? Balik raya pun kereta bergeraklah. Jangan kata kau baiki jalan masa-masa ni,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain, @88.hfy21 berkongsi keadaan terkini di Tol Gombak pada pukul 11.15 malam, 27 Ogos yang menunjukkan deretan kenderaan memenuhi laluan berkenaan.

Dalam pada itu, berdasarkan kemas kini Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik arah timur dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah dilaporkan perlahan kira-kira enam kilometer.

Kesesakan itu berlaku susulan kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer (KM) 21.4 hingga KM23.2 arah timur yang menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan ditutup sementara.– KOSMO! ONLINE

The post Karak sesak, ramai ‘melekat’ malam ni appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved