Plaza Tol Gombak sesak, ramai ambil ‘half day’ ke tu?

28 Aug 2026 • 2:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Plaza Tol Gombak sesak, ramai ambil ‘half day’ ke tu?

PETALING JAYA – Belum pun masuk waktu pulang kerja, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sudah mula menunjukkan kesesakan, petang ini.

Tinjauan menerusi paparan kamera trafik Lembaga Lebuh Raya (LLM) sekitar pukul 2.15 petang mendapati sejumlah besar kenderaan memenuhi beberapa laluan terutama menghala keluar dari ibu negara.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ramai pengguna jalan raya memilih mengambil cuti separuh hari atau bergerak lebih awal bagi memulakan perjalanan sempena hujung minggu.

Situasi itu juga berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, manakala rakyat Selangor turut menikmati cuti peristiwa pada 1 September, sekali gus memanjangkan tempoh cuti bagi sebahagian pengguna jalan raya.

Berdasarkan kemas kini LLM, trafik di KLK dilaporkan bergerak perlahan arah Timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Sebelum itu, satu kemalangan turut dilaporkan berlaku di Kilometer 41.6 arah Timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi kira-kira pukul 12.18 tengah hari.

Insiden tersebut menyebabkan lorong kecemasan terhalang dan trafik sesak sepanjang kira-kira 3.8 kilometer.

Selain KLK, peningkatan trafik turut dikesan di beberapa lebuh raya lain termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Sungai Besi dan Lebuh Raya Damansara-Puchong.

Di Elite, trafik perlahan dilaporkan dari USJ ke Ebor bagi arah Utara manakala arah Selatan melibatkan USJ ke Putra Heights serta Bandar Saujana Putra ke Bandar Gamuda Cove.

Sementara itu, di Besraya, kesesakan berlaku dari Minlon ke KTM Serdang arah Utara dan Sapura ke The Mines bagi arah Selatan. – KOSMO! ONLINE

The post Plaza Tol Gombak sesak, ramai ambil ‘half day’ ke tu? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved