![Pemandu BYD Terlibat Kemalangan Ragut Nyawa Kanak-Kanak 5 Tahun Dikesan Di Hospital Swasta [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/kanak-kanak-5-tahun-maut-kerana-dilanggar-BYD.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular hantaran dan video memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis BYD dengan beberapa kenderaan lain dipercayai di Jalan Kucing, Kuala Lumpur.
Lebih menjadi perhatian, insiden yang berlaku itu turut meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun.
View on Threads
Budak perempuan 5 tahun meninggal dunia, insiden libatkan 6 kenderaan lain
Terbaharu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan insiden kemalangan terbabit yang melibatkan enam kenderaan berlaku di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.
Insiden tersebut turut mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam kemalangan.
Menurutnya insiden tersebut berlaku jam 3.44 petang pada 10 Oktober. Ketika kejadian kanak-kanak terbabit berada di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta Perodua Bezza.
Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala sewaktu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kemalangan libatkan 5 kereta dan sebuah motosikal
Menurut beliau lagi, kemalangan tersebut melibatkan lima kereta serta sebuah motosikal yang berlaku sewaktu aliran trafik di lokasi terbabit sedang bergerak dengan pelahan.
“Siasatan awal mendapati kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa berusia 30 tahun dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta model BYD Seal.
“Rempuhan itu turut membabitkan sebuah motosikal sebelum kenderaan mangsa berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu kereta Nissan Almera, Kenderaan Serba Guna (MPV) Toyota Alphard dan Perodua Myvi,” ujarnya, lapor Berita Harian.
Beliau turut memaklumkan bapa kepada kanak-kanak itu juga mengalami luka di tangan kanan, manakala seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC yang berusia 33 tahun pula cedera di bahagian kepala.
Mereka kemudian menerima rawatan di HKL.
Pemandu BYD berada di hospital swasta selepas meninggalkan lokasi kemalangan, alami gegaran otak
“Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan BYD Seal yang dilaporkan meninggalkan lokasi kejadian sejurus kemalangan berlaku.
“Pemandu BYD Seal itu adalah lelaki berusia 24 tahun itu. Dia kini sedang dirawat di salah sebuah hospital swasta di Damansara kerana mengalami kecederaan gegaran pada otak.
“Suspek kini dalam pemantauan pegawai penyiasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.”
Dalam pada itu, tiga lagi individu yang terlibat dengan kemalangan tersebut dilaporkan selamat serta tiada sebarang kecederaan. Mereka adalah:
- Pemandu Nissan Almera berusia 28 tahun
- Pemandu Toyota Alphard berusia 37 tahun
- Pemandu Perodua Myvi berusia 30 tahun
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
“JSPT Kuala Lumpur turut menyeru orang ramai serta saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.”
Terdahulu, video yang tular turut menjadi perhatian ramai yang berang serta meminta pihak berkuasa termasuk sebuah syarikat perbankan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu BYD terbabit.
Ini kerana pemandu BYD yang dipercayai pekerja di sebuah syarikat perbankan didakwa melarikan diri selepas kemalangan itu berlaku.



![[VIDEO] ‘Selamba bawa kereta seperti tiada apa yang berlaku’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-12-at-1.13.18-PM-1024x766.jpeg)


![[VIDEO] Kanak-kanak 5 tahun maut, Perodua Bezza dirempuh BYD](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/IMG_3698-1024x663.jpeg)