Pemandu CRV ditahan ‘sertai’ konvoi Timbalan Perdana Menteri

LocalPolitics
8 Oct 2026 • 9:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu CRV ditahan ‘sertai’ konvoi Timbalan Perdana Menteri

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kenderaan ultiliti sukan jenis Honda CRV yang ingkar arahan pihak berkuasa kerana mengekori konvoi polis berakhir apabila dia ditahan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.32 pagi, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sewaktu mengekori konvoi yang membawa Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menghala ke Sunway Medical Centre di Subang Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ketika kejadian seorang anggota polis yang bertugas sebagai pengiring telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak mengekori konvoi.

Bagaimanapun katanya, pemandu berkenaan dipercayai masih enggan mematuhi arahan dan terus mengekori konvoi dengan cara yang boleh membahayakan keselamatan konvoi serta pengguna jalan raya lain.

“Pemandu berkenaan kemudiannya telah ditahan oleh Unit Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur bersama kenderaan terbabit untuk tindakan lanjut.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang perlanggaran atau kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.

“Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu CRV ditahan ‘sertai’ konvoi Timbalan Perdana Menteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved