Pemandu kereta tIdak perasan punca dua penunggang basikal maut dirempuh

LocalCars
5 Sep 2026 • 11:02 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu kereta tIdak perasan punca dua penunggang basikal maut dirempuh

KOTA BHARU: Tidak nampak atau perasan keberadaan dua penunggang basikal dipercayai menjadi punca pemandu sebuah kereta merempuh dua sahabat yang sedang berbasikal hingga maut di Kilometer 16.5, Lebuh Raya Rakyat, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Zamrie Rismawadi Mahmet, 49, yang merupakan kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dan rakannya, Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa menunggang basikal di lorong sebelah kiri lebuh raya itu dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh.

Katanya, sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun turut datang dari arah sama.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu dipercayai tidak nampak atau perasan kedua-dua penunggang basikal tersebut. Jarak yang terlalu dekat mengakibatkan pemandu kereta berkenaan tidak sempat untuk mengelak sebelum merempuh bahagian belakang basikal kedua-dua mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Ruzailan berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua penunggang basikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke HRPZ II di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, dua sahabat maut selepas basikal yang mereka tunggang ketika menjalani sesi latihan berbasikal untuk menyertai program kembara ke Thailand dirempuh sebuah kereta Kilometer 16.5 Lebuh Raya Rakyat.

Abang kepada Allahyarham Zamri Rismawadi, Zamri Risman, 52, berkata, arwah adiknya sedang dalam sesi latihan menunggang basikal sebagai persiapan untuk menyertai konvoi berbasikal ke Thailand pada minggu depan. – UTUSAN

 

The post Pemandu kereta tIdak perasan punca dua penunggang basikal maut dirempuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved