Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000

20 Aug 2026 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000
Pemandu lori JIM didakwa di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan di bawah APJ termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.
Image from: Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000
Shaik Mohd Firdaus (berdiri, dua dari kiri) dan dua anaknya Siti Nor Sazlin (duduk, kanan) dan Siti Darwisyah (duduk, kiri) maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi Rabu.
Image from: Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000
Tiga sekeluarga maut dipercayai dilanggar lori milik JIM di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi Rabu. Foto tular

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berhubung kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail di sini, didakwa di Mahkamah Majistret atas lima pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ), termasuk gagal mematuhi lampu isyarat.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, lesen memandu dan pasport tertuduh digantung sehingga kes selesai

**media[3620741]**

Mengikut pertuduhan, Mohd Akbar dituduh memandu sebuah lori jenis Isuzu Black Maria milik JIM secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan satu pertuduhan melanggar lampu isyarat.

Peguam Izzat Amir Saharudin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah berkhidmat selama 11 tahun di JIM dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Dalam prosiding tersebut, mahkamah dimaklumkan bahawa Mohd Akbar mempunyai seorang anak yang masih bersekolah selain menanggung ibunya yang sudah berusia dan uzur di Kedah.

**media[3620742]**

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tiga sekeluarga maut dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, pada awal pagi Rabu.

Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika lori Isuzu Black Maria tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved