Kes kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak di di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur cukup meruntun jiwa.
Namun pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat, Mohd Akbar Zainol, 43, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, lesen memandu dan pasport tertuduh digantung sehingga kes selesai
Mengikut pertuduhan, Mohd Akbar dituduh memandu sebuah lori jenis Isuzu Black Maria milik JIM secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dan satu pertuduhan melanggar lampu isyarat.
Peguam Izzat Amir Saharudin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah berkhidmat selama 11 tahun di JIM dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Dalam prosiding tersebut, mahkamah dimaklumkan bahawa Mohd Akbar mempunyai seorang anak yang masih bersekolah selain menanggung ibunya yang sudah berusia dan uzur di Kedah.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, tiga sekeluarga maut dilanggar lori milik JIM yang terbabas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, pada awal pagi Rabu.
Sumber Sinar Harian

![[VIDEO] Pemandu lori imigresen tiba di mahkamah bagi pendakwaan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/pemandu-jim-1024x832.jpeg)