Penoreh getah maut motosikal bertembung

31 Aug 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penoreh getah maut motosikal bertembung

TAMPIN – Seorang penoreh getah maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Kilometer 4, Jalan Gemencheh Lama, Sungai Salah di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 56 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 berwarna merah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kemalangan turut melibatkan motosikal Yamaha Y15 berwarna ungu yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Salah menghala ke Gemencheh.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15 yang ditunggang remaja terbabit dari laluan bertentangan dipercayai masuk ke laluan Honda RS150 sebelum bergesel dengan motosikal berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pergeseran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal terbabit terjatuh di atas jalan. – KOSMO! ONLINE

The post Penoreh getah maut motosikal bertembung appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved