Pemandu pelancong dipenjara lapan bulan miliki kanabis, parang

14 Oct 2026 • 12:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu pelancong dipenjara lapan bulan miliki kanabis, parang

SEBERANG PERAI – Seorang pemandu pelancong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa sebab yang sah dan dadah jenis kanabis di sebuah bilik hotel di Bukit Mertajam, awal bulan ini.

Tertuduh, S Leynon, 33, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang sepanjang 52 sentimeter tanpa sebab yang sah di sebuah bilik hotel di Jalan Icon City, Bukit Mertajam, kira-kira pukul 6 petang pada 1 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 110 gram di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Firdaus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Disember depan untuk sebutan semula kes, pelantikan peguam serta penyerahan laporan kimia.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret Butterworth, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki komponen senjata tiruan di sebuah premis Rent N Go Car Rental di Jalan New Ferry, antara 1 hingga 30 September lalu.

Pengakuan bersalah itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu pelancong dipenjara lapan bulan miliki kanabis, parang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved