Pemandu treler didakwa di hospital, dituduh membunuh

11 Sep 2026 • 3:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu treler didakwa di hospital, dituduh membunuh

TEMERLOH – Pemandu lori treler yang merempuh 10 buah kenderaan sehingga mengakibatkan empat maut dalam nahas di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini didakwa hari ini.

Tertuduh Zulkarnain Md Noh, 52, yang masih dirawat dan belum dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan prosiding pendakwaan dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Nuur Fakhiza Abu Bakar atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Menurut kertas pertuduhan Zulkarnain didakwa membunuh Muhammad Nazatullah Nazmi dan isterinya Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan serta anak mereka Muhammad Armaan Nazeef serta seorang lagi iaitu Seow Beng Wai di Kilometer 110.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di Temerloh.

Image from: Pemandu treler didakwa di hospital, dituduh membunuh
TIMBALAN pendakwa raya dan polis tiba di Hoshas bagi pertuduhan ke atas pemandu treler di Temerloh hari ini.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun selain dihukum sehingga 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najimi Arif Nasarudin dan Anis Syakilla Zawawi.

Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.

Pada Rabu lalu, Kosmo! melaporkan perjalanan pulang tiga beranak selepas menyambut Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya pada berakhir dengan tragedi apabila mereka maut selepas dirempuh treler simen.

Lebih memilukan Allahyarham Muhammad Nazatul Nazmi, 32, bersama isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef, 4, kali pertama menyambut Hari Kemerdekaan di luar negeri Pahang.

Turut terkorban dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan 11 kenderaan itu ialah penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV iaitu Seow Beng Wain, 55, manakala pemandu Honda CRV dan pemandu treler cedera parah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Pemandu treler didakwa di hospital, dituduh membunuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved