
KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai alat ganti kenderaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membelasah isterinya hingga cedera parah pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Wan Noorazmilrullah Wan Noorabiddin, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd
Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya kira-kira pukul 7 malam, 5 September lalu di sebuah rumah di Desa Mutiara, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Mahakamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula.
Kosmo! Selasa lalu melaporkan seorang wanita berusia 30-an dan empat anak kecilnya menghadapi detik cemas dikurung suaminya yang dipercayai cemburu buta di rumah mereka. – KOSMO! ONLINE
The post Pembantu kedai didakwa belasah isteri sampai parah appeared first on Kosmo Online.






