Pembantu medan selera curi wang, barang kemas jiran RM10,000

19 Aug 2026 • 4:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pembantu medan selera curi wang, barang kemas jiran RM10,000

MELAKA – Seorang pembantu medan selera berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai dan barang kemas milik jirannya bernilai RM10,000, minggu lalu.

Tertuduh, Pok Zhen Wei, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan pada tarikh 8 September depan bagi menunggu serahan fakta kes oleh pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa mencuri wang tunai dan barang kemas milik Lai Kim Siew yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM10,000.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman KJ Krubong Jaya, Krubong, Melaka Tengah antara pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 12 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nadzir Abdul Rahman, manakala tertuduh diwakili Peguam Umar Zulkarnain. – KOSMO! ONLINE

 

The post Pembantu medan selera curi wang, barang kemas jiran RM10,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved