Pembatalan pendaftaran PN tidak jejas kerjasama Selangor-Bersatu

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 3:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pembatalan pendaftaran PN tidak jejas kerjasama Selangor-Bersatu

SHAH ALAM, 20 OKT: Perancangan Kerajaan Negeri untuk menjalin kerjasama dengan 11 Ahli Dewan Negeri (ADN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor tidak terjejas meskipun pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dibatalkan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setakat ini, perancangan kerjasama yang diusahakan Kerajaan Negeri hanya melibatkan Bersatu.

“Saya kena tengok balik, mungkin dalam satu atau dua hari kita kena 'decide' apa kedudukannya. Itu masalah dalaman mereka yang harus diselesaikan sebab rancangan kita dengan Bersatu.

“Perjanjian kerjasama akan ditandangani selepas menunggu pengesahan…mungkin selepas 25 atau 26,” katanya ditemui pada majlis pelancaran program kerjasama antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Universiti Selangor (Unisel) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) hari ini.

Terdahulu, Amirudin turut menyampaikan Sijil Profesional Teknologi Pengurusan Bekalan Air kepada 138 kakitangan Air Selangor.

Hari ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam kenyataan memaklumkan pendaftaran PN dibatalkan selepas jabatan itu meneliti maklum balas yang dikemukakan gabungan itu pada 12 Oktober lalu.

Menurut ROS, alasan yang diberikan PN tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran seperti dinyatakan dalam notis bertarikh 22 September selain tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan berkenaan.

Sehubungan itu, Pendaftar Pertubuhan memutuskan membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Sebelum ini, media melaporkan, ADN Selangor dari Bersatu dijangka mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi menandatangani perjanjian kerjasama.

Sumber dalam parti itu mendedahkan, kerjasama tersebut melibatkan keseluruhan 11 ADN daripada parti berkenaan yang selepas ini akan dianggap sebagai penyokong Kerajaan Negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved