Pembenihan awan di Selangor, KL dan Putrajaya hari ini, esok

LocalEnvironment
19 Sep 2026 • 1:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembenihan awan di Selangor, KL dan Putrajaya hari ini, esok

PETALING JAYA: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini serta esok bagi membantu mengurangkan kesan jerebu di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim berkata, operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, pelaksanaan operasi tersebut susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi parameter PM2.5 di kawasan terlibat melebihi 150 untuk tempoh lebih 24 jam berdasarkan bacaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, operasi berkenaan akan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM sebagai aset utama bagi pelaksanaan pembenihan awan.

“Operasi itu merupakan antara usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kesan jerebu dan memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.

“Pelaksanaan operasi bagaimanapun tertakluk kepada keadaan cuaca dan kewujudan awan yang sesuai bagi proses pembenihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

NADMA bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan situasi jerebu dan keadaan cuaca semasa bagi memastikan tindakan bersesuaian dapat diselaraskan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

The post Pembenihan awan di Selangor, KL dan Putrajaya hari ini, esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved