Pembonceng motosikal maut dilanggar lori

24 Oct 2026 • 2:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembonceng motosikal maut dilanggar lori

PETALING JAYA: Seorang pembonceng motosikal maut selepas dilanggar sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 412.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam apabila motosikal jenis Honda RS150R dinaiki mangsa bersama seorang rakan dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Rawang terbabas selepas melanggar objek tidak dikenal pasti di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, pelanggaran itu menyebabkan tayar hadapan motosikal berkenaan pecah dan penunggang serta pembonceng jatuh atas jalan raya.

“Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang datang dari arah belakang kemudian melanggar pembonceng Honda RS150R yang terbaring di lorong kiri.

“Tidak lama kemudian, sebuah lori dari arah sama turut melanggar pembonceng berkenaan dan meneruskan perjalanan tanpa menyedari kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Kedua-dua penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Manimaran berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 12.05 tengah malam, Sabtu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis sedang giat mengesan lori yang terlibat dalam kemalangan itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammadi MT Abu @ Ramli menerusi talian 03-6064 1222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN 

 

The post Pembonceng motosikal maut dilanggar lori appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved