Pemegang saham Batu Kawan lulus usul pengambilalihan MKH bernilai RM209 juta

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 3:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pemegang saham Batu Kawan lulus usul pengambilalihan MKH bernilai RM209 juta Image from: Pemegang saham Batu Kawan lulus usul pengambilalihan MKH bernilai RM209 juta amree05/08/2026 - 15:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 OgosBatu Kawan Berhad semakin menguasai MKH Berhad selepas pemegang saham meluluskan cadangan pengambilalihan baki 18.1% kepentingan yang mencecah nilai RM208.9 juta.

 

Perkembangan tersebut sekali gus membuka laluan kepada tawaran pengambilalihan mandatori (MGO) terhadap baki saham yang belum dimiliki dalam syarikat pemaju hartanah dan perladangan itu.

 

Kelulusan diperoleh pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) kumpulan di Ipoh, Perak pada 5 Ogos 2026, apabila resolusi berkaitan transaksi itu meraih sokongan hampir sebulat suara para pemegang saham.

 

 

 

 

"Usul tunggal itu diluluskan menerusi proses pengundian, yang disahkan Scrutineer Solutions Sdn Bhd selaku firma pemeriksa bebas yang dilantik," jelas Batu Kawan dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Seramai 96 pemegang saham mewakili 315.37 juta saham atau 99.999% daripada keseluruhan undian menyokong cadangan, manakala hanya empat pemegang saham mewakili 3,202 saham yang menolak.

 

Resolusi itu melibatkan pengambilalihan 104.43 juta saham biasa MKH, mewakili 18.1% kepentingan ekuiti dalam syarikat tersebut oleh Whitmore Holdings Sdn Bhd, iaitu subsidiari milik penuh Batu Kawan.

MKH_DagangNews2026

 

Berdasarkan cadangan itu, Whitmore akan membayar kira-kira RM2.00 sesaham, sekali gus menjadikan nilai keseluruhan pembelian tersebut berjumlah sebanyak RM208.9 juta dilaksanakan secara tunai.

 

"Selepas urus niaga selesai, Batu Kawan dan Whitmore akan melaksanakan MGO ke atas semua baki saham MKH yang belum dimiliki pada harga tunai RM2.00 sesaham, selaras keperluan oleh bursa," katanya.

 

Transaksi itu boleh mencetuskan MGO ke atas baki saham MKH Oil Palm (East Kalimantan) Berhad yang belum dimiliki oleh pihak berkaitan pada harga 66 sen sesaham, tertakluk penyempurnaan cadangan.

 

 

 

 

 

 

Kelulusan pemegang saham itu merupakan satu lagi langkah penting dalam strategi Batu Kawan untuk memperkukuhkan kawalan dalam MKH, dan membolehkan penyelarasan operasi secara menyeluruh.

 

Dengan mandat rasmi pemegang saham itu, tumpuan pasaran dijangka beralih kepada pengambilalihan serta perkembangan tawaran yang akan mengubah struktur pemilikan MKH. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved