SCIB peroleh subkontrak RM25 juta bina semula sebuah sekolah rendah daif di Tambunan

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SCIB peroleh subkontrak RM25 juta bina semula sebuah sekolah rendah daif di Tambunan Image from: SCIB peroleh subkontrak RM25 juta bina semula sebuah sekolah rendah daif di Tambunan amree05/08/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 OgosSarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) meraih subkontrak yang bernilai RM24.59 juta bagi projek pembinaan semula sebuah sekolah rendah daif di Tambunan, Sabah.

 

Kumpulan tersebut berkata, tender baharu itu diterima oleh anak syarikat miliknya, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd (SIBS), yang dilantik sebagai subkontraktor oleh Belian Juta Sdn Bhd.

 

Kontrak itu melibatkan kerja-kerja pembinaan semula bangunan daif Sekolah Kebangsaan Kaingaran yang diberi kepada kontraktor utama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi pihak Kerajaan Malaysia.

 

"SIBS akan melaksanakan keseluruhan skop kerja itu termasuk penyediaan bahan binaan, jentera, peralatan, loji mekanikal dan tenaga kerja yang diperlukan," maklum SCIB kepada Bursa Malaysia.

 

Projek selama 29 bulan itu dijadual bermula 10 Ogos 2026 dan dijangka siap 22 Januari 2029 yang akan menyumbang kepada hasil dan keuntungan kumpulan secara berperingkat mengikut kemajuan kerja.

 

Pengerusinya, Datuk Chong Loong Men berkata, kontrak terbaharu itu mencerminkan keyakinan secara berterusan terhadap keupayaan syarikat melaksanakan projek infrastruktur awam, khususnya di Sabah.

 

Chong Loong Men
CHONG LOONG MEN

 

Pembinaan itu bukan sahaja menyokong pembangunan komuniti, malah menyediakan pembelajaran lebih kondusif kepada pelajar, di samping memperkukuhkan rekod prestasi SCIB dalam projek pendidikan.

 

"Sabah kekal menawarkan peluang pertumbuhan yang menarik menerusi pelaburan secara berterusan dalam sektor pendidikan, infrastruktur awam dan kemudahan komuniti," jelas beliau dalam satu kenyataan.

 

Sehubungan itu ujarnya, SCIB akan terus memberi tumpuan kepada pemilihan projek berkualiti serta pelaksanaan kerja yang berdisiplin bagi mengembangkan buku tempahannya dalam jangka panjang.

 

Kontrak itu tidak dijangka memberi kesan material kepada modal saham atau pegangan pemegang saham utama berakhir 31 Disember 2026, namun dijangka menyumbang kepada prestasi kewangan kumpulan.

 

Tambahnya, projek berkenaan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan tuntutan kemajuan projek, manakala kumpulan akan terus memperkukuhkan portfolio pembinaan di Sabah serta Sarawak.

 

"SCIB akan meneroka lebih banyak projek yang sejajar dengan kepakaran teknikal dan keupayaan operasinya bagi menjana pertumbuhan mampan kepada pemegang kepentingan," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved