Yenher sasar kilang dedak baharu tingkatkan kapasiti, Mercury Securities mulakan liputan saran 'beli' saham

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2026 • 12:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Yenher sasar kilang dedak baharu tingkatkan kapasiti, Mercury Securities mulakan liputan saran 'beli' saham Image from: Yenher sasar kilang dedak baharu tingkatkan kapasiti, Mercury Securities mulakan liputan saran 'beli' saham amree05/08/2026 - 12:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 OgosYenher Holdings Berhad berpeluang memasuki pertumbuhan baharu dengan pembukaan kilang dedak baharu pada awal 2027 meningkatkan kapasiti pengeluaran tiga kali ganda.

 

Perkembangan positif itu menurut Mercury Securities, mengukuhkan prospek keuntungannya walaupun industri penternakan terus berdepan risiko penyakit veterinar dan turun naik harga bahan mentah.

 

Justeru firma itu memulakan liputannya ke atas kumpulan tersebut dengan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) RM1.01 sesaham, disokong kedudukan kukuh sebagai penyedia nutrisi haiwan di Malaysia.

 

"Kelebihan utama Yenher ialah model perniagaan bersepadu yang meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, pengedaran serta bantuan khidmat nasihat teknikal kepada pelanggan," jelasnya.

 

Pemangkin terbesar pertumbuhan kata Mercury Securities ialah pembinaan kilang baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang yang dijangka dapat meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran kepada 31,200 tan setahun.

 

Selain itu, pengembangan kilang sedia ada membolehkan penghasilan makanan ternakan lengkap secara dalaman dengan kapasiti 118,560 tan setahun, sekali gus mperkukuhkan integrasi rantaian nilai.

 

Yenher_DagangNews2026

 

Ujarnya, segmen pembuatan Yenher mencatat margin kasar 23.9% pada FY25 berbanding 13.9% bagi segmen pengedaran, dengan peningkatan sumbangan dijangka memperkukuh pertumbuhan hasil.

 

"Model rumusan bersepadu merangkumi ujian makmal, pengurusan ladang, diagnosis penyakit, program biosekuriti serta khidmat rundingan meningkatkan peluang jualan syarikat," kata Mercury Securities.

 

Firma itu menjangka keuntungannya berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 18% hingga FY28, dipacu pertumbuhan hasil 14%, dan permintaan berterusan daripada industri penternakan.

 

Walaupun prospek kekal positif, ia mengingatkan Yenher masih terdedah kepada beberapa risiko wabak penyakit ternakan, turun naik harga bahan mentah, persaingan industri, dan kebergantungan pasaran.

 

Bagaimanapun secara keseluruhannya, Mercury Securities percaya kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan jangka panjang industri kesihatan dan nutrisi haiwan.

 

"Model perniagaan bersepadu, kapasiti pengeluaran besar, kedudukan kewangan tanpa hutang dan margin tinggi berbanding pemain lain dalam industri adalah kelebihan syarikat," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved