Peminat Kopi Dan Pastri, Anda Perlu Nikmati Hidangan Lazat Ini Di Kosa Coffee Kuching

28 Jul 2023 • 11:37 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port ngopi best di Kuching.

Peminat Kopi Dan Pastri, Anda Perlu Nikmati Hidangan Lazat Ini Di Kosa Coffee Kuching. Jika anda penggemar kopidan tidak dapat menahan godaan aroma lazat minuman tersebut, kami sarankan anda untuk mencuba Kosa Coffee di Kuching.

Menawarkan pelbagai jenis kopi, minuman lazat serta pastri yang menarik, Kosa Coffee ini boleh dikatakan syurga buat penggemar kopi dan pastri.

image is not available
Peminat Kopi Dan Pastri, Anda Perlu Nikmati Hidangan Lazat Ini Di Kosa Coffee Kuching. Kredit Foto: Azza Lyka Harlik

Kopi istimewa yang anda perlu cuba di sini

Antara kopi yang menarik disediakan di sini adalah, Vietnamese Coffee with Condensed Milk, Salted Caramel Coffee Freeze, Ban Xiu Coffee, Vietnamese Coconut Coffee Frappe, Oatmilk Toffee Latte, Caramel Macchiato dan banyak lagi.

Buat yang tidak minum kopi pula, anda jangan risau kerana anda boleh menikmati minuman lain seperti Beetroot Rose Milk, Signature Dark Chocolate, Signature Peach Orange Lemongrass Tea, Raspberry Rose Soda dan banyak lagi.

Untuk hidangan pastrinya pula, anda boleh menikmati pelbagai jenis pastri enak dan menarik seperti, Creamy Mushroom Pie, Chicken Curry Puff, Salted Egg Croissant, Sour Cream Scones, Pain Au Chocolate, Twist Vanilla Chocolate dan banyak lagi.

image is not available
Kredit foto: Kosa Coffee

Sesuai dijadikan port lepak bersama orang tersayang

Suasana tenang dan selesa, Kosa Coffee ini amat sesuai untuk anda bawa keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang untuk manjamu selera.

Terdapat 3 cawangan di Kuching iaitu di Saradise, Vivacity Megamall dan The Spring Kuching, anda boleh pilih mana-mana 3 cawangan ini untuk anda singgah nanti. Kosa Coffee juga mempunyai sebuah lagi cawangan di Kuala Lumpur terletak di Plaza Arkadia Desa Parkcity.

Lagi cafe menarik untuk anda di sini: